PROSEDUR PERKAHWINAN SELANGOR TERKINI 2012

Published April 4, 2012 by mamalolapapabobo

hai semua…

 sah2 sape yang bace tajuk nie sedang merancan untuk membina masjid kan? jadi tahniah lah.. moga Allah bersama u alls disepanjang perjalanan membina masjid nie. Insyallah…

 so kat sini ma nak share kan something… ma pun dah merancang dan alhamdullilah semua dah selesai hanye menunggu tarikh majlis sahaja. tp satu bende ma nak kongsi dengan kawan2… ma anak yang sulung so kurang experiance lah family ma bab2 nak ngurus kan procuder kahwin or daftar nikah nie. so end up ma just surf the internet to see mcm mn ma nak kene buat…. jadi nye ma ade ikut arahan2 yg diberi rupe2 nye procedur yg diorg nie letak kan dah agak jauh ketinggalan… ma pun dah bnyk buang mase dah plak.. bnyk bende yg dah boleh diskip dan x perlu buat . so ma x nak org len pun buang masa.. jadi jum kita tgk kat bawah nie. ma cube susun dengan yg terbaik dan tersenang…

 ——————————————————————————————————————————

PROSUDER KAHWIN NEGERI SELANGOR :

* Prosuder harus dimulakan dengan pihak Lelaki .

* Jika pihak Lelaki berasal dari negeri lain tapi telah menetap di Selangor lebih dari 4 bulan maka beliau layak mendafar nikah di negeri Selangor .

* Jika pihak Lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar Qaryah beliau dengan mengisi borang 2A. Surat kebenaran akan dikeluar kan dan surat itu boleh lah diberikan pada pihak perempuan. (ma x sure negeri lain mcm mn ye, tp lebih kurang kot)

* Pihak Lelaki yg berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini :

Lelaki

1.Hadir ke kursus perkahwinan

Ma cadangkan amik dekat JAIS or PAID or Masjid Negeri. Tapi sekarang private pun banyak dah organize kursus pra-perkahwinan . Same je mana2 pun .. kalau nak sure untuk private bolehcall JAIS tanye. bayaran  rm80 selama 2 hari termasuk breakfast, lunch and tea time dan sijil jugak. x perlu untuk hadir berpasangan.. kalau pasangan dah pergi maka nye x de masalah.. dan sijil nikah nie tiada tarikh experied. janda dan duda x perlu untuk mengadiri kursus kawen… salah satu contoh tempat yg anda boleh daftar klik kat link nie.

http://www.alshahir.com.my/ – putrajaya. daftar online , pilih hr yg diberi dan hadir kan diri pada tarikh tu.buat bayaran mase pendaftaran dan berkursus selama dua hr… mudah sgt2…

2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

 

Form nie dah x perlu diamabil di PAID or JAIS..Form nie ada dekat Klinik yang terlibat. hanya Klinik Kerajaan sahaja. bayaran rm 1. Tak lama pun ujian HIV nie, and tak sakit pun. So, jangan takut ;p.Oh, ujian HIV nie valid dalam tempoh 6 bulan. nie senarai klinik di kawasan Selangor yang boleh buat ujian HIV.

 klik di http://www.jais.gov.my/info/klinik.doc

3.Isi borang 2A online dan cetak dan lampirkan dokumen sokongan


Form untuk lelaki dan perempuan tak sama tau. OKEH SILA AMIK PERHATIAN :

Sekarang nie tak perlu amik borang di PAID , JAIS . Borng Download pun dah x de. Borang nikah sekarang diisi secara ONLINE. makna nye kite isi borang ONLINE dan cetak borang tu ..itu cara nye sekarang …

 jadi kawan2 boleh terus ke laman web nie untuk isi online :

http://ncr.jais.gov.my/ 

 laman web Nikah Cerai Rujuk (NCR).

Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bg Jais. Daftar kan dulu diri anda di ruangan dan isi semua maklumat yg diperlukan… dan daftar. Login dan pilih Perkahwinan dan pilih borang 2A dan isi. kemudian cetak kan borang tu…

 Cetak tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
 
 
  ** SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  ** SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  ** SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  ** KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 
  ** SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  ** SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
  ** SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  ** SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  ** SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  ** SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)

4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Qariah

pihak lelaki mesti membawa 2 orang saksi yang mengenali dia berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Masa inilah, baru pemohon dan 2 orang saksi akan tandatangan borang permohonan nikah di hadapan PPN. Kalau anda sukar membuat temujanji dengan PPN Qariah, dun be worry. Still boleh jumpa Pendaftar di JAIS or PAID.

5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID


PAID? Apakah? PAID tue Pejabat Agama Islam Daerah. Selepas settle, pihak lelaki kena pergi PAID (ikut lah daerah mana nak nikah; ex:Petaling). Bawa sekali permohonan nikah yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak (ikut checklist yang disertakan). Complete, then bayar rm10 and PAID akan bagi surat kebenaran untuk nikah.

6. Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan


Bersama-sama surat kebenaran nikah yang diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh PAID, pihak lelaki kena serahkan kepada pihak perempuan pulak.

*Pihak perempuan perlu menunggu borang kebenaran nikah dari pihak lelaki dahulu baru pihak perempuan mendaftar kan nikah nye. prosuder lebih kurang same dengan yg lelaki. perbezaaan nye pihak perempuan perlu dua borang untuk diisi kan :

 
Perempuan


1.Hadir ke kursus perkahwinan

 Ma cadangkan amik dekat JAIS or PAID or Masjid Negeri. Tapi sekarang private pun banyak dah organize kursus pra-perkahwinan . Same je mana2 pun .. kalau nak sure untuk private bolehcall JAIS tanye. bayaran  rm80 selama 2 hari termasuk breakfast, lunch and tea time dan sijil jugak. x perlu untuk hadir berpasangan.. kalau pasangan dah pergi maka nye x de masalah.. dan sijil nikah nie tiada tarikh experied. janda dan duda x perlu untuk mengadiri kursus kawen… salah satu contoh tempat yg anda boleh daftar klik kat link nie.

http://www.alshahir.com.my/ – putrajaya. daftar online , pilih hr yg diberi dan hadir kan diri pada tarikh tu.buat bayaran mase pendaftaran dan berkursus selama dua hr… mudah sgt2…

2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

 Form nie dah x perlu diamabil di PAID or JAIS..Form nie ada dekat Klinik yang terlibat. hanya Klinik Kerajaan sahaja. bayaran rm 1. Tak lama pun ujian HIV nie, and tak sakit pun. So, jangan takut ;p.Oh, ujian HIV nie valid dalam tempoh 6 bulan. nie senarai klinik di kawasan Selangor yang boleh buat ujian HIV.

 klik di http://www.jais.gov.my/info/klinik.doc

3.Isi borang 2C dan 2D online dan cetak dan lampirkan dokumen sokongan


OKEH SILA AMIK PERHATIAN :

 Sekarang nie tak perlu amik borang di PAID , JAIS . Borang Downoad pun dah x de. Borang nikah sekarang diisi secara ONLINE. makna nye kite isi borang ONLINE dan cetak borang tu ..itu cara nye sekarang …jadi kawan2 boleh terus ke laman web nie untuk isi online :

http://ncr.jais.gov.my/ 

 laman web Nikah Cerai Rujuk (NCR).

 Ini lman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bg Jais. Daftar kan dulu diri anda di ruangan dan isi semua maklumat yg diperlukan… dan daftar. Login dan pilih Perkahwinan dan pilih borang 2C dan 2D dan isi. kemudian cektak kan borang tu…

 Cetak tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

 #SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

Kat bawah nie pulak adalah rujukan wali yang sah, jika wali tidak dapat hadir pada hari akad makanya boleh lah mengwakalah kan wali kepada org lain.

1 . Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


4. Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah
Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapkan.nak senang kalau nak tau sape PPN Qaryah korang boleh cr masjid yg terdekat dekat rumah korang dan boleh anye Imam or sesape jawatan kuasa masjid itu.. selalu nya satu masjid , mesti ade sorang… Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja.

5. Dapatkan kebenaran nikah dari PAID
Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID.Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.

6. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah
Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki+perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita.

*Prosedur ini, hendaklah dilakukan 2bulan sebelum majlis akad nikah….SELESAI……Selesai semua ni, akad nikah akan dijalankan di qariah atau mana-mana yang ditetapkan dan dipilih oleh pihak perempuan.

—————————————————————————————————————————–

hahhhhhhhhh? nampak jew mcm susah tp Insyallah nak buat bende baik.. Allah akan mempermudah kan.. banyak2 lah berdoa.. Insyallah…okeh kat bawah nie ma lengkap kan skali dengan soalan2 yg sering ditanye siap dengan jawapan :

Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

? Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.

? Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

? Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?

Borang boleh diisi terus secara online dan cetak tanpa menanda tangani dulu borang tersebut kecuali dihadaan PPN.

? Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

? Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?

Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.

sumber adalah dari JAIS

59 comments on “PROSEDUR PERKAHWINAN SELANGOR TERKINI 2012

    • slm saye nk tanye klu abah saye x sehat and on wheelchair tp mase ari nikah tue dia stil attend cume mgkin dia just bgtau secara lisan samada abg saye or tok kadi yg nikahkan onbehalf perlu ker nk buat surat/ kene isi form?coz abah saye ckp pon da x brape clear… biaselah sakit tua kan harap dpt penjelasan terima kasih

  • SAKSI PEMOHON LELAKI BERJUMPA PPN TU WAJIB KER JUMPA DEPAN2 …N SAKSI TU SAKSI YANG SAMA KER UNTUK DI BAWA TIME NIKAH???N SURAT UJANG MCM MANA BENTUKNYA

    • salam.

      mcm dalam kes saya, tok kadi a.k.a pendaftar nikah da sediakan saksi 2 org tu… saya x pasti kalau lain kawasan lain cara nye.. masa time nikah tok kadi saya bawak 2 saksi die sendiri.. n kite kene bayar..
      and hubby org kelantan jadi mase die daftar nak mintak surat bernikah luar kawasan , die bawak saksi die sendiri pergi ke Jabatan Agama Islam kelantan. cume saksi yg digunakan untuk kada nikah memang dibawa oleh kadi yg nikah kami..

      kalau lain update nye plis update. hope it will help in the future…

    • syarat saksi pemohonan berkhawin di selangor adalah lelaki, berumur 18 tahun ke atas, dan mengenali pemohon. Bagi kes saya, saya bawak sendiri saksi-saksi hadir di depan PPN untuk tandatangan borang. Masa nikah nanti ada pulak syarat2 lain untuk menjadi saksi nikah. Jadi, bukan saksi sama pun boleh.

  • Salam..sy nak tnya bbrp pkara la..
    1. Jika lelaki tu pemastautin selangor..bole ke sesiapa jd saksi borang 1 akuan pemastautin tu? Or ada org kata kena org kelahiran selangor yg jd saksi..
    2. Sama jgk borang lelaki 2A tu..2 org saksi tu perlu ke org kelahiran selangor?
    Tunang sy da confused n sy xtau dia dpt info ni dr mana…
    TQ very much :)

    • salam.

      1. Selalu nye, yup kene cari saksi org kelahiran selangor.. dan kadang2 kalau tok penghulu tu nak sah kan die dah ade saksi die sendiri. lg senang..
      2. borang 2a tu pun mcm tu.. mcm hubby saya dulu saya bawak borang yg x bertanda tangan lg dan bawa ke penolong daftar nikah, beliau dah sediakan saksi beliau sendiri… saksi yg same dibawa beliau masa akad nikah..

      kalau ade salah update kat info saya saudara boleh reply so that info boleh diupdate kan lg…

      tq.

      • Salam..alhamdulillah urusan borang tunang sy da settle bln 1 aritu..sy call Jais n tanya..saksi2 borang 2A dan pemastautin x perlu org kelahiran sngor.cukupla org yg mngenali pemohon..n utk pemastautin saksi adlh sesapa yg kenal dia dan tinggal berhampiran tmpt tinggal…
        Sory lambat sy update. Alhamdulillah semua urusan borang dua2 pihak da selesai so skrg buat psiapan lain n tunggu sahaja waktu dinikahkan insyaAllah..anyway thanks to u. Doakan sy ye :)

    • Salam.. sori a bit late.. Saya x pasti plak.. tp yg pasti klinik yg ade dalam senarai tu so far yg boleh jalankan klinik kesihatan.. better pegi klinik dalam senarai so that x buang masa. tp kalau awak dah tau boleh g ke x boleh reply kat sini and membantu yg lain.. tq…

  • salam ,

    nak tya, saya pemastautin selangor, nk kawin di tpt kelahiran iaitu kelantan, tunang sy pahang dh bt permohonan di selangor, mcm mn dgn sy blh x buat permohonan di selangor juga?

    • salam… kalau nak akad nikah diselangor dan dah bermastatutin di selangor, boleh buat permohonan di selangor… tapi kalau nak akad nikah di kelantan buat permohonan dikelantan.. saya juga berIC kedah dan keluarga di kedah tp dah menetap diselangor and alamat IC di selangor maka saya buat permohonan selangor….. kalau salah update tolong comment balik yea.

  • Salam.
    Saya dah tinggal kat kawasan selangor ni lbh kurang 15 tahun. bakal isteri sy pon org selangor jugak. so sy kene isi “Borang 2A – Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)” & “Borang 1A – Akuan Pengesahan Permastautinan” ker atau pon borang 2A jer??Utk borang 1A tu saksi ayah sndri boleh ker???

    • kalau alamat IC di Selangor maka tidak perlu isis borang 1a atau permastautin. kalau alamat di IC bukan alamat selangor kene isi borang tersebut. saksi saya x pasti pulak boleh ke ayah sendiri tp yg penting saksi mesti tinggal diselangor kerana perlu menyertakan IC atau bil letrik yg menunjukan alamat IC saksi. dan pengesahan oleh penghulu/JKKK dan setaraf dengan nye.

    • kalau alamat di IC di selangor, dah xperlu borang 1. Tujuan borang 1 adalah untuk membuktikan yang pemohon bermastautin di selangor. Bagi saya yang berjumpa dgn penghulu Batu 10, cheras beliau meminta bil elektrik, telefon atau bil air yang ada nama saya (nama pemohon), bukan nama saksi seperti yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Permohonan, no 3.Walaubagaimanapun, beliau masih memerlukan salinan IC seorang saksi bertanda tangan kalau saksi xdpt datang bersama.

      • Salam, pasal bil air/elektrik tu kan, kalau saya duduk rumah sewa macam mana? Alamat dia sama valid atau tak? Thanks!

  • salam, nak tanya kalau pasangan di kelantan, dan dia nk buat hiv test di kelantan, agak2nya boleh tak? sebab ada yg saya baca kalau nak nikah di selangor kena buat hiv test di selangor juga atau ambil borang dari klinik kesihatan di selangor dan dia bawa borang tu ke klinik kesihatan negeri yg dia nk buat test.. ada info? terima kasih

  • Assalam, sy nk tnya la.. mcm mn ek klu sy nk guna wali hakim coz sy org sbh, tunang org perak then kita rancang nikah d slgor coz sy dan tunang keja kt slgor n amik keputusan nikah kt slgor atas sbb cuti yg singkat.. prosedur sma jgk ke or ln..

    • Salam… kalau sudah bermastautin di Selangor maka boleh apply nikah sini walaupun alamat IC lain . dapat kan pengesahan bermastautin dari JKK kampung atau qariah yg anda menetap tu.. prosuder mcm biase cume saya x pasti prosuder dapatkan wali hakim bagaimana… pape yg saudari dapat update mohon share semula disini…

  • Sy nak tnya…klau pihak lelaki dh isi borang utk nikah bg lelaki lebih awal dlm bln 2 ni,,borang tu still valid ke sbb Kami nikah akhir bln5..lelaki bkn org selngor,,

  • Salam.. Saya akan nikah di Selangor.. tp sekarang sy bermastautin di Johor.. Boleh ke buat HIV test di Johor menggunakan borang HIV Test Johor? Valid x untuk sy dftr di slangor nnt?

    • Wsalam..sy tlg jawabkan
      Memandangkan situasi yg pernah sy alami bln januari haritu
      Sy penah call jais n tanya terus dan pegawai jab agama tu ckp kbykan pej agama sngor agak sukar menerima borg hiv dr negeri lain..leceh katanya
      Sy pn x pasti knp..
      Mgkin cik bole call jais n tnya sndiri
      Wallahualam..

  • As salam..test hiv kt mna2 pon bleh yg ptg klinik kesihatan kerajaan..sbb kwn sy nikah kat kelantan tp dye wat test hiv kat klinik kesihatan salak tinggi.. :) pe2 pun kna tny kat selangor..prosuder mcm mna..dan satu lagi bg sape2 yg ingin wat test hiv..kdg2 kte yg bkerja pyh nk cuti..bleh wat test hiv kat klinik kesihatan bandar seri putra bangi stp hari isnin hingga khamis dr pkl 2 ptg hingga 3 ptg..just walk in je..xpyh wat temujanji mcm klinik ksihatan yg laen.sbb klinik nie baru dbuka so xramai org..tp kena dtg awl klu nk balik cepat..
    info nk p sana..kuar dr tol bangi car isignboard bandar seri putra..masuk tol seri putra..ada petronas dan klinik tu sberang petronas je.. :))

    • Ujian saringan hiv boleh juga boleh dibuat di Klinik kesihatan Sungai Chua, boleh google map nak ke sne.Dari Isnin sampai Jumaat, pukul 2-4 ptg shj.walk-in xperlu temu janji. Tak perlu bawak borang apa2 pn.(Bergantung kpd cawangan Klinik Kesihatan; KK di bangi perlu bawak borang permohonan) Result akan dapat dlm masa 15 min selepas buat Rapid test HIV oleh pembantu perubatan (MA). Jangan risau result +ve atau -ve tak akan ditulis/ dicatat dalam surat kerana ditakuti mengaib kan pemohon. Kalau +ve boleh kahwin juga ttp ada beberapa langkah lagi perlu diikuti untuk memastikan keputusan yang betul dan mengetahui risiko-risiko penyakit ini.

  • Salam..
    Sy merancang utk menikah pada 5 july ni di rumah kluarga di bangi.. tp
    Belum pergi krsus lahwin sbb tunang sy tu ssh nk dpt cuti sbb dye bru strt kerja. Plan nk h 23hb mac ni . Tp sy terlalu risau sbb blum wt hiv test lg n tunang org klantan msti la kne mtk pngsahan ppn di klantan. tp dia dh 2 thun blaja di selangor n blh ke dye apply permastautin utk kbnrn nikah di sgor? Utk jimatkn wktu la krenye..
    Pada pendapat admin, sempat ke sy slesaikan smua b4 tarikh nikah ? Sbb sy baca di Jais, urusan permohonan kne buat 3 bulan sblum trikh akad.. Bantulah sy sbb sy sgt2 risau.. Persiapan dah buat sikit2 cume knbnrn berkahwin blum selesai..

    • salam.. kursus kahwin boleh pergi asing2… x de maslaah.. mengikut pengalaman sy.. husband pun org kelan tan juga.. insyallah sekejap sahaje proses nye.. sebab seingat saya surat kebenaran dr kelantan sgt simple kalau x silap dua helai kertas jew.. boleh mintak tlg org tua bakal suami uruskan.. cume suami balik tanda tgn sahaja.. kalau nak aplly bermastautin di selangor pon x de masalah…. ini petikan dr laman web jaid… “Mengikut prosedur perkahwinan di negeri Selangor, untuk mendapatkan taraf mastautin seseorang itu perlu tinggal di daerah/kawasan tersebut tidak kurang daripada 4 bulan. Seseorang itu juga perlu mengisi borang mastautin dan di sahkan oleh Penghulu atau Ketua Kampong atau Pengerusi JKKK atau Nazir Masjid atau Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan di mana dia tinggal (daerah di mana dia tinggal lebih daripada 4 bulan).”

      yup segala permohonan mesti dibuat 3 bulan dari tarikh yg nak akad nikah.. insyallah sempat… saudari boleh mule sekarang dengan pergi kursus kahwin dan daftar di NCR jais. di laman web JAIS…. sgt sempat .. jgn risau insyallah… nampak jew mcm susah tp insyallah moga dipermudahkan..

  • salam
    sy nk tya,bakal suami sy berasal dr pahang..sy pon berasal dr pahang..kami satu daerah dan akan bernikah di pahang..tp bakal suami sy dh lama menetap di selangor..adakah bakal suami sy perlu memohon kebenaran berkahwin di selangor??
    terima kasih

  • Mama sy mk taye…sy da daftar masul ke ncr utk mohon nikah tp nape borang 2c je yg ade,borang 2d ye kt man….aduh pening kepala

    • salam saudari,

      boleh ikut step2 tu.. rase nye masih same .. kalau lain tlg update yea… nampak mcm susah.. tp insyallah dipermudahkan.. jgn ikut website JAIS memang sgt2 pening tu yg sy tulis artikel nie… pasal rase marah prosuder dah bnyk berubah sebenarnye…

  • salam…nak tanyala…nak isi alamat yg kat borang tu alamat mana eh…sbb…

    1) saya alamat ic ampang tp nak nikah kat sepang…saya kena letak alamat sepang ke?

    2) tunang saya alamat ic johor tp bekerja di selangor…dia kena letak alamat rumah yg kat selangor ke?

    thanks….

  • Assalamualaikum

    Saye nk tanye sikit la…

    Yang saya faham, sesiapa yg cukup syarat dari segi islam untuk jadi saksi adalah lelaki dan bukan wali yg terutamanya.
    Kalau untuk saksi borang nikah lelaki, letak ayah sbgai saksi boleh? Sebab dah tentu la yg jadi wali dan saksi waktu nikah nnt daripada pihak perempuan.

  • Salam, saya adalah wanita Melayu berusia 45 tahun dan belum pernah berkahwin… Insyaallah sedang merancang! Saya lihat orang bujang melebihi 40 tahun tersenarai di atas dikecualikan dari kursus pra-perkahwinan… Adakah ini termasuk bagi wanita bujang? Terima kasih

  • salam
    kalau pasangan saya orang kedah perlu amik ujian hiv dimana.?..sebab kami akan bernikah di selangor…..perlu ke dia buat ujian hiv di selangor..@ untuk memudahkan di buat di klinik kerajaan kedah je..

  • Assalamualaikum..Sy lelaki berasal dari johor dan alamat dalam IC pun pakai alamat johor tapi dah pun hampir 5 tahun menetap kat Selangor..Sekarang ni sy nak nikah kat selangor..Sy ada soalan nak tanya utk dptkan kepastian.

    1. Adakah sy perlu dapatkan surat kebenaran bernikah luar kawasan dari johor ?
    2. Untuk permohonan nikah yg perlu bawa 2 orang saksi untuk tandatangan dihadapan Pegawai Pendaftar Nikah itu adakah perlu saya cari orang yang asal selangor juga?
    3. Untuk 2 orang saksi pihak lelaki tu boleh tak sekiranya letakkan ahli keluarga sendiri sebagai saksi?

  • saya nak Tanya,surat kebenaran berkahwin 3a & 3c tu kena sign jurunikah qariah kan,kalau kita x de jurunikah blh hantar terus x borang tu ke jais,maksudnya nikah di jais,x berurusan dgn jurunikah dlm qariah tersebut????

  • tp kan sy ni ada mslah la, tunang sy alamt kl, tp bila pergi jumpa imam yg berdekatan masjid dia, imam tu ckap alamat rumah dia tu area selangor. tp dekat ic dia mmg dah tertera poskod kl. skrg ni tunang sy dah pergi jumpa imam di kariah selangor, dan imam tersebut minta kami isi online , tp sy still tak paham adakah tunang sy tu kne print borang permaustatin tersebut? 0132766405 tolong call sy

  • Prosedur yang bodoh dan menyusahkan orang. Semoga sesiapa yang mencipta prosedur-prosedur bida’ah ini akan masuk neraka dan dijadikan batu bakar api neraka.

    Patutnya prosedur untuk berkahwin mesti dipermudahkan, bukannya ditokok tambah dengan dokumen-dokumen sokongan yang bukan-bukan.

    Bubarkan sahaja Majlis-majlis Agama Negeri. Masyarakat tidak boleh bagi muka pada pendeta-pendeta yang mengaku jadi waris nabi.

  • Assalam.. Lagi 3 minggu lebih sye nk kahwin .. Huru hara sdikit sbb buat last mnit .. Tension jgk sbb hal nie tak siap2 lagi .. Sye harap akak dpt tlong sye .. Borang2 laki smua nya dh siap .. Die dh bgi dkt sye .. Sye pon dh buat spruh .. Yg spruh lgi sye tak fhm .. Sye dduk selngor dri kecik lgi .. Alamat ic msih sme dgn tempat yg sye dduk skrg nie.. Jadi sye kne jgk ke buat surat pemastautin and mintak cop ktua kg ? Lgi stu sye tak fhm .. Dlu time akk sye kwen .. Die kte die hntar borg2 die smua dkt pejabat agama shah alam yg besar too .. Kate nye pjbat agama kecik yg biase2 nie tak bole.. Btol ke sye kne hntar borg sye dkt pjbt agme shah alam too??

  • saya ingin bertanya, mcm ne nk isi borng NCR JAIS klau laki owg selangor n pmpuan owg perak..coz dlm borng 2C dia suruh kta tulis tntg pasangan kita..sedang kan dorg dudk luar selangor..minta penjelasan.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: