PROSEDUR AMBIL SIJIL & BUAT KAD NIKAH NEGERI SELANGOR TERKINI 2013

Published January 15, 2013 by mamalolapapabobo

SALAM….

Sungguh amat lama ma x update blog nie.. kos nye??? laptop hilang dengan segalanye lah.. tp kite terima sebagai suatu rahmat jew lah ape yg jadi kan????

SO alkisah nye.. skunk ma dah preggey pun.. around 24 weeks… ehhehehe.. duk sembang2 ngan hubby skali nye bari teringat yg nanti nak wat sijil lahir anak nak pakai sijil nikah. guest what 6 bulan dan kahwin we all bedua memang malas n x teringat pun pasal sijil nikah we all… huhuh teruk lah skit kan.. so end of last month we all pergilah ke JAIS.. As usual lah, prosuder JAIS kurang diupdate kan… jadi moh nak kongsi yg TERKINI….khusus buat pengantin-pengantin yang menikah kat Selangor. Untuk negeri-negeri lain rasanya prosedur tak jauh beza.

Firstly ade bezanye dua benda dibawah nie yea :

  • 1. SIJIL NIKAH
  • 2. KAD NIKAH

SO ma will go one by one k :

  • 1. SIjil Nikah.
  1. Lepas je akad nikah, jurunikah akan berikan satu sijil nikah sementara kat suami. ( tapi mcm kes ma , tok kadi x bagi pun.. so we all pun selamba je g honeymonn bagai, Berani kerana benar lah kan) hehehhe
  2. BILA? Waktu siap sijil nikah adalah 7 – 14 hari dari tarikh nikah. (nak selamat g lah lepas 14 hari or call first, almaklum lah kang sia2 jew pegi)
  3. DIMANA? Ambil sijil nikah di pejabat agama islam daerah (PAID) yg korang dinikah kan…PAID ok bukan pegi JAIS.
  4. APE YG PERLU DIBAWA? bawa diri anda dan suami, IC bawak jew lah kan dan sijil sementara kalau ade. **tidak boleh diwakil kan. Anda harus pegi ambil sendiri bersama pasangan.
  5. BAYARAN? x payaha bayar kos dan baayar skali masa akad nikah…
  6. Sijil nikah ade dua helai untuk suami dan isteri.
  7. Pliss Semak segalah maklumat sebelum beredar okeh…

SO ceritanya ma and hubby kan daftar di PAID petaling…. so we all pegi lah ke PAID petaling dekat shah alam tu. nie alamat untuk setiap PAID dan Phone… http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=257&Itemid=91  So incase ragu2 dah siap ke belum call dulu.. x de lah susah2 nanti. Ma pun naik ke PAID kat tingkat satu. Terus jumpe kaunter tanye nak amik sijil nikah.. die tunjuk kiri masuk dalam bilik nie… ade lah tempet menunggu… g kat kaunter kecil kat depan tu cakap nak amik sijil nikah.. OK kat sini ade sedikit terkejut.. hahahh PAID Petaling still gune manual cari data.. Ma rase sgt sedih kos dioragng bawak kuar buku yg amat tebal.. sungguh tidak efisian.. as a programmer i fell so sad ok.. ishk2… die tanye lah tarikh nikah.. so the book was sort bt date.. hahahhaha then name suami and sape yg nikah kan… pastu pegawai tu pun bukah lah mencari sambil bersembang ((ma rase mcm duk kat pejabat zaman ape ntah buka buku besar then sambil sembang sabil cari, sgt2 sedih.. hukhukhuk)) okeh dalam 20 minit nunggu JUMPA DAH!!! jumpe no pendaftaran jew. hahahha fail yg simpan sijiltu kat tempat lain plak… hehhehe amik no pendaftaran g kat laci yg besar2 selak2 cari ma nye fail… hukhukhukhuk mcm mn menuju 2020 nie… sungguh x puas hati ini.. so die pun bagi.. die suh dua2 org sain kat dalam buku keramat besar tu. hahaahah

selesai SIJIL NIKAH. Baru boleh wat KAD NIKAH…

  • 2. KAD NIKAH
  1. Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Negeri Selangor. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
  2. DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH Kad nikah hanya boleh dibuat di:
    * Bahagian Perundangan Keluarga,
    Jabatan Agama Islam Selangor,
    Tingkat 4, Menara Selatan,
    Bangunan Sultan Idris Shah,
    40676, Persiaran Masjid Bukit SUK,
    Shah Alam,Selango

    Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Kad Nikah boleh hubungi kami di talian:
    * 03-55143463/3478

  3. SYARAT – SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAHi) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Selangor sahaja.
    ii) Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah
  4. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
    2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :

    a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)
    b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)

    3) Resit Bayaran
    Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

    5. CONTOH KAD NIKAH

    Image Image

Senang..Nak buat kad nikah ni tak perlu ada dua-dua suami dan isteri pun takpe. Salah seorang saja pun dah cukup.Sebelum naik tingkat 4, tinggalkan i/c kat kaunter pelawat di tingkat bawah Menara Utara *menara selatan dan utara ni sebelah-sebelah jek* untuk dapatkan pas. Pas ni kita akan guna untuk swap kat pintu masuk Bahagian Perundangan Keluarga tu nanti. Pastu terus ke tingkat 4 Menara Selatan. Terus ke kaunter bagitahu nak buat kad nikah. Nanti diorang akan bagi satu slip form, isi.Pastu buat pembayaran sebanyak RM40 untuk dua keping kad. Bayar kat situ jugak. Sebelum-sebelum ni kaunter pembayaran kat Tingkat 9 Menara Utara, tapi sekarang dah ditukar. Permohonan kad dan pembayaran di kaunter yang sama. Senang.Pastu bagilah slip form tadi, salinan sijil nikah, dan gambar laki bini.Tunggu sekejap untuk dapatkan resit pembayaran…dan selesai.
Kad akan siap dalam masa 5 hari bekerja. Better call dulu sebelum pergi ambil kad. Nak selamat wat mcm ma.. dah 2 minggu br g amik. hahaaaha contoh yg tidak baik pun.. hhehehe
ok thas it…. SIAP>>>>

7 comments on “PROSEDUR AMBIL SIJIL & BUAT KAD NIKAH NEGERI SELANGOR TERKINI 2013

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: