adakah saya hamil??? Tanda-tanda kehamilan…. Tahniah!

Published January 16, 2013 by mamalolapapabobo

Okeh so ma dah selamat preggy pun…. nak kongsi lah skit ape perlu dibuat kalau dah rase mcm preggy jew tp x sure….. hehheh Alhamdullilah ma dah selamat around 24 weeks… so mule2 dulu kan agak nerves and dah rase mcm preggy bile ade tanda2 mcm nie :

a. Haid Terlewat

Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Doktor akan kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir.
** So in my story, it was 2 weeks past lastmonth punye date…. and ma seorang yg period amat konsisten… berbunge jew hati…. so pada sesape dah rase terlewat 2 ,3 hari tu tunggu lah dalam one week lg then cepat2  lari g farmasi beli UPT dan test… UPT usually works untuk period yg dah lamabt more than one week.. okehh……
b. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu. Pening2..
** So in my case, sampai sekarang dah minggu 24 pun still muntah juga pagi2 tp sekerap masa trimester 1 lah… tp still muntah juga lah… hehehe so nie ade skit2 tips yg ma amalkan n alhamdullilah okeh lah membantu skit2…
  • Makan dalam porsion kecil tetapi kerap
  • Perbanyak pengambilan karbohidrat, selain nasi gantikandengan kentang dll
  • Makanlah dalam keadaan hidangan masih lg panas
  • Mengurangi makanan berlemak dan mengandung minyak
  • Hindari makan sambil minum agar perut tidak terasa penuh
  • Hindari perasa yang pedas, berbau tajam, terlalu asam
  • Menghindari stress
  • Setiap bangun tidur biasakan minum air hangat dan manis sedikit demi sedikit
c. Kerap Kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
** Sgt2 kerap kencing.. malam2 adelah purata 3 kali bgn or lebih.. huhuhuhu
·
d. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.
** hahaha amat2 benar kos hubby ma yg mengemas sudah nye.. tp after trimester 1 alhamdullilah rajin lah skit tp still hubby bantu juga..tq hubby!
e. Payudara Bengkak, Sakit dan Sensitif
** Yup bra agak ketat skit.. have to buy anew one.. and sgt sakit kalau hubby ehem2…heheheh
f. Pergerakan Bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua ke atas.
** yup after 2 month kite akan rase baby gerak2… mula2 tu skit2 jew. sgt2 teruja…. huhuhu pastu makain kerap n laju n kuat kadang2 tu….
Apakah ujian awal yang anda boleh lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

1.Urine Pregnancy Test (UPT)
      https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/PIC-MUKA-DEPAN.jpg
Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test (UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. 97% hasil ujian UPT adalah tepat.Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT ini.
  • Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja.
  • Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40

2. Ujian Darah

Dalam kes-kes yang ‘doubtful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak, hCG juga boleh diukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitif dan telah menunjukkan positif selepas persenyawaan berlaku!Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan etopik, kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.
3. Ultrasound
Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana di bawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantungnya. Paling awal jantung embrio dapat dilihat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.
Kesimpulan dari perbincangan di atas, jika anda berasa anda hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, di mana kehamilan ini berlaku dan memastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.
** ma after two weeks check terus positif g KLINIK AN-NUR bangi and yup conferm ma preggy… nurse ckp buku merah bukak lepas 3 bulan….
And lastly tahniah….!!!!!

4 comments on “adakah saya hamil??? Tanda-tanda kehamilan…. Tahniah!

  • salam.. hai, sy nak tnye.. sy ada symptom2 preggy tp bla check upt -ve n bt u/sound pn stil;l x npak kantung.. skunk sy jd x sure tkut plak klu x pregnant n nk tnye.. klinik annur 2 kt mne??

  • saya mengalami masaalah sama sis siti fairus..sy dh bun buat buku sbb sy mula2 check kat swasta tp xbuat upt,,,masa tue usia kndungn 6mggu..doctor scan…tp after buat buku,n bila tiba ultrasound doc ckp xnampak apa2 kemudia minta sy rujuk paka

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: