Buku Pink@Merah Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Published January 16, 2013 by mamalolapapabobo

SOOOOOO masuk tajuk ini pulak lah… sekarang nie meh kite berkenalan dengan buku pink nie dulu…. ape buku pink nie? perlu kew? dimana nak buat? bila patut dibuat? kerajaan or swasta? hehehehe banyak kan soalan … jum kite tengok satu….

** BUKU PINK Ini juga dikenali sebagai BUKU MERAH. – buku yang same …

** Kegunaan : Buku ini lah menempat kan segala perkembangan kesihatan untuk ibu dan bayi selama sembilan bulan. Maka amat penting untuk mengadakan buku pink@merah nie. Ape yg terjadi akan direfer di buku nie. Masa nak deliver nanti DOkter akan rujuk buku nie kos kite maybe x kan bersalin dengan dokter yang sama yg checkup kite okehh.. Even sekarang mane2 klink swasta or kerajaan dah gune sistem buku nie.

** Bila : Selalu nye pihak klinik akan suruh buat bile usia kandungan tiga bulan keatas.. start from tiga bulan keatas, biase nye akan diaaaadakan checkup bulanan or monthly checkup. so mcm saya agak2 dah tiga bulan tu, sy pergi terus ke kaunter klinik AN-NUR HASANAH bangi dan cakap saya nak buka buku merah… maka segala info kite akan dimbil dan dicatat kan dalam buku tu…..

**Dimana??? : Okeh skunk nie kite boleh buat kat klinik swasta or klinik kerajaan.. terpulang… dua2 x de masalah..  beza nye cume :

Kerajaan –

  • Menunggu lama lah skit kan
  • tp free
  • and boleh bersalin swasta and kerajaan

Swasta :-

  • X de lah menunggu nie.
  • layanan pun baik
  • tp bayau lah dalam RM70 -100 untuk one appoitment
  • Nak bersalin mane2 pun x pew. ma dah call hospital putrajaya.. katenye asalkan ade buku merah… diorg lg best x penuh KKAI diorg. hhehehe
Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.
Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
  4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.
Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Keduaakan dilakukan ke atas anda.
Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Jadi kesimpulan nye mane2 pun okehhhhhhhhhhhhhhhh .. janji checkup and ade buku pink @ merah nie… UPPPSS baby tendang2 lah plak…

4 comments on “Buku Pink@Merah Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

  • Saya belum ada buku merah ini. Saya hampir bersalin dan sedang menunggu hari kelahiran. Tiada sumber atau info yang beritahu kemestian untuk ada buku merah. Bagaimana saya boleh mendapatkan buku ini. Saya bersalin di hospital swasta Pantai Cheras nanti. Doktor tidak bertanya tentang buku ini dan tidak memberitahu saya. Adakah anak saya tidak dibenarkan mendaftar disekolah kerajaan kelak? Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

    • Buku merah cume buku untuk menyimpan rekod. saya ade dengar ade setengah hospital swasta they just have it in the database… x de buku.. mungkin awak punye rekod ade dalam buku dengan hospital tu.. daftar sekolah x de kene mengena dengan buku nie puan.. buku nie just untuk perkembangan bayi dan pemantaun terhadap keadaan kite semasa mengandung,,, jgn risau.. cube bertanya pada pihak hospital puan checkup..

  • Untuk register ke sekolah.. Tak perlu buku pink ni.. Nnt bila baby kuar.. Swasta or government hospital Akan kasi record book baby.. Kalau girl pink boy Pulak biru.. Buku tu la Nnt anak nak masuk darjah 1 cikgu2 sekolah Akan mintak.. Tujuannya untuk Sambung ambik vaksin sampai umur 17 tahun and sbg rekod kesihatan. Kdg2 parents ni Slalu ambik ringan pasal buku rekod kesihatan baby.. Nnt sian cikgu2 termasukla sy.. Nk dptkan dokumen yg Mcm Gini susah tau.. Cuma nak daftar sijil lahir perlu.. Untuk bukti baby sah taraf. Kalau takde buku pink ni.. Kad appointment hospital Swasta tu la Nnt bukti yg dperlukan.. Sekadar perkongsian😉

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: