Detail Scan Baby

Published January 29, 2013 by mamalolapapabobo

Detail Scan pada trimester kedua

 

Detail Scan minggu ke-18 sampai ke-23

Ultrasound terperinci kira-kira pada 20 minggu kehamilan untuk memeriksa jika ada sebarang masalah struktur atau kecacatan bayi semasa lahir. Selalunya ini dinamakan skan anomali fetus dan digunakan juga untuk memeriksa posisi plasenta dan posisi bayi. Kebanyakan pasangan mahu mengetahui jantina bayi mereka dan mahu menyimpan beberapa gambar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk beringat bahawa tujuan utama skan ini ialah untuk mengenal pasti sebarang keabnormalan. Ini adalah skan yang paling penting untuk sepanjang tempoh kehamilan sebab ia akan mengenal pasti sebarang masalah struktur yang ada pada bayi anda. Bagi kebanyakan orang, ini akan meyakinkan anda bahawa bayi anda adalah normal. Walau bagaimanapun, semua skan ultrasound, adalah merupakan pilihan anda.

Apakah yang saya dapat lihat?

Kebanyakan tempat akan membenarkan anda melihat bayi anda semasa skan dijalankan. Jika anda belum lagi menjalani skan, doktor akan memeriksa sama ada terdapat seorang bayi sahaja dan memastikan tarikh bersalin anda. Dia akan menunjukkan denyutan jantung dan bahagian bayi yang lain seperti muka dan tangan(lihat imej dibawah) sebelum pemeriksaan lebih terperinci dibuat. Skan akan mengambil masa kira-kira 15-20 minit.

Muka dan tangan bayi pada minggu ke-20 gestasi

Apakah dikaji dalam skan 20 minggu kehamilan ini?

Organ dalaman bayi anda akan dikaji secara keratan rentas dan ini agak sukar difahami oleh anda. Dalam skan itu, tulang akan berwarna putih, cecair berwarna hitam dan tisu-tisu lembut berwarna kelabu dan berbintik.

• Selalunya kepala akan diteliti dahulu dari segi bentuk dan struktur dalaman dan juga otak. Sesetengah masalah otak yang serius boleh dikesan pada peringkat ini. Doktor akan memeriksa wajah bayi untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang lekuk pada bibirnya, tetapi rekah pada lelangit di dalam mulut bayi (cleft palate) agak sukar untuk dilihat dan selalunya tidak dapat dikesan semasa skan.

Tulang belakang diperiksa dari perspektif panjang dan juga secara melintang untuk memastikan semua vertebra adalah tersusun dan sejajar, dan tulang serta bahagian belakang diselubungi kulit sepenuhnya. Dinding abdomen bayi juga diperiksa untuk menentukan ianya menutupi semua organ dalaman di bahagian hadapan.

Jantung diperiksa untuk mengetahui saiz dan bentuknya. Dua ruang jantung sebelah atas atau “atrium” dan dua ruang bawah atau “ventrikel” mesti mempunyai saiz yang sama dan injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Sesetengah doktor menjalankan skan jantung yang lebih terperinci untuk mengkaji salur-salur darah utama. Sama ada hospital anda menyediakan skan yang lebih terperinci ini atau tidak, tergantung kepada kualiti mesin ultrasound yang ada, jumlah masa bagi setiap satu skan dan sama ada doktor mempunyai latihan khas untuk menjalankannya.

Perut yang terletak di bawah jantung, boleh dilihat. Bayi anda sudah tentu telah menelan sedikit cecair amnion yang mengelilinginya, dan ini dilihat seperti buih hitam di dalam perut.

• Doktor akan memastikan bahawa bayi anda mempunyai dua ginjal, dan pengaliran urinnya ke pundi kencing berjalan dengan lancar. Jika didapati yang pundi kencing kosong bila menjalankan skan, anda akan dapat memerhati dan melihat pundi beransur-ansur menjadi penuh dengan mudah – sebenarnya pada masa ini, bayi anda sudah mula membuang air kecil kira-kira setengah jam sekali untuk beberapa bulan!

Tangan dan kaki diperiksa, dan jari-jari dan ibu jari diperiksa tetapi tidak dikira bilangannya.

Plasenta, tali pusat dan cecair amnion semuanya diperiksa.

Plasenta akan terletak sama ada di bahagian hadapan atau belakang dinding rahim anda, selalunya berhampiran bahagian atas (atau fundus) jadi ia dinyatakan sebagai “fundal” dalam laporan imbasan anda. Ia selalunya dinyatakan sebagai “rendah” sebab ia menghala ke bawah atau menutup leher rahim (serviks). Jika plasenta anda rendah, satu lagi skan akan dijalankan pada trimester ketiga, yang mana kebanyakan plasenta telah berpisah daripada serviks. (Baca dengan lebih lanjut mengenai plasenta rendah.)

Tiga saluran darah dalam tali pusat dapat dikesan tetapi ini selalunya tidak dilakukan secara rutin. Pada masa ini adalah penting cecair amnion itu cukup untuk mengelilingi bayi sebab ini membolehkannya bergerak bebas.

Apakah yang diukur semasa imbasan 20 minggu kehamilan ini?

Ukuran lilitan (HC) dan diameter (diameter biparietal atau BPD) kepala bayi anda diambil bersama dengan lilitan abdomen (AC) berserta tulang femur atau paha (FL). Ini bertujuan memastikan bayi anda berkembang dengan normal dan saiznya bersesuaian dengan tarikh yang diberikan semasa skan pentarikhan. Selepas skan pertama di trimester kedua, jika terdapat perselisihan lebih daripada tujuh hari antara tarikh bersalin skan dan tarikh mengikut haid terakhir (LMP), maka, tarikh skan akan digunakan bermula dari masa ini.

Apakah keabnormalan yang dapat dikesan semasa skan 20 minggu kehamilan?

Kira-kira separuh daripada keabnormalan utama boleh dilihat semasa skan ini dan yang separuhnya tidak dapat dilihat. Jadi, walaupun skan anda adalah normal, terdapat juga kemungkinan yang bayi anda ada menghidapi sesuatu masalah.

Maklumat berikut, yang diterbitkan oleh Kolej Diraja Pakar Obstretik dan Ginekologi UK, menunjukkan kemungkinan untuk mengesan keabnormalan-keabnormalan yang serius semasa skan 20 minggu kehamilan. Namun begitu, sebenarnya, amat jarang berlaku masalah-masalah ini.

• Anensefali (ketiadaan bahagian atas kepala) – 99 peratus.
• Eksomfalos /gastroschisis (kecacatan pada dinding abdomen) – 90 peratus.
• Keabnormalan utama tangan dan kaki (ketiadaan atau tangan atau kaki atau terlalu pendek) – 90 peratus.
Spina bifida (tulang belakang rekah) – 90 peratus.
• Masalah ginjal serius (ketiadaan atau ginjal yang abnormal) – 85 peratus.
Hernia diafragma (lubang pada otot di sempadan dada dan abdomen) – 60 peratus.
• Hidrosefalus (cecair berlebihan dalam otak) – 60 peratus.
Sindrom Down (sesetengah bayi Sindrom Down mungkin mempunyai masalah jantung atau usus yang boleh dilihat semasa skan) – 40 peratus.
• Masalah jantung serius (kecacatan pada ruang jantung, injap atau saluran) – 25 peratus.
• Autisme – tidak dapat dikesan.
• Palsi serebrum – tidak dapat dikesan.

Sesetengah masalah termasuk kecacatan jantung dan masalah berhubung usus tersumbat, mungkin tidak dapat dilihat sehinggalah di peringkat akhir kehamilan.

My Detail Scan🙂

So ma dah g wat detail scan last weekend.. teruja nye tuhan saje yang tahu.. amat2 gembira.. setelah memahi ape tujuan scan jadi nye ma n hubby pun decide kami nak g scan dan kami nak cek jantina juga. hehhe susah tau nak beli baju. hhehehheh.

So we decide to do the scan dekat Pusat Perubatan UMRA. Coz dari pembacaan di google this place is quite OK… So ma call n buat appoitment. On the day datang and isi form n ckp lah dah buat appoitment untuk detail scan baby…

Mcm biase amik air kencing , berat…. malu seh berat ma amat naik. hahah sudah2… pastu tunggu lah sonographer tu panggil…
Dah masuk dalam tu, sonographer tu akan terang kan pasal detail scan nie.. die pun suh sign satu surat… lepas tu bermula lah pengembaraan mengodek baby kami nie… jum layan gambar2 nie.. best sgt2 melihat keindahan ciptaan Allah dalam badan kite nie..
ASMA 3D_2 ASMA 3D_3 ASMA 3D_5
Muke baby……………………….
ASMA 3D_6 ASMA 3D_10 ASMA 3D_18
Jantina, tulang blakang, n tapak kaki nampak jelas……
So jantina nya perempuan!!!!!!!!!!! its a gurl.. and alhamdullilah.. Sihat semua nye.. hubby kate mcm hidung die. hahhahahaha anything lah janji sihat… 8 minggu lg syg….. heheheheheheh
Alhamdullilah.. mase dah keluar kami dapat 3 keping gambar n CD with the detail… bayaran RM 150 ++…..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: