Kerja adalah Ibadah….

Published March 4, 2013 by mamalolapapabobo

salam guys.. sejak2 perut dah besar nie… x sabar tu memang x sabar lah kan.. preperation? Alhamdullilah walaupun x hebat mane tp masih bersyukur dengan rezeki yg Allah dah kurniakan and Alhamdullilah walaupun dengan gaji yg x seberapa nie masih mampu menyediakan segala keperluan bakal puteri kami nie..

biar berserderhana kan.. tp hubby ckp i over. hehheeh bg i biase jew.. just like to buy thing that are “ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI” tp x de lah main yg ribu raban punye barang. hahhahaah yg tu kalau nak biar Grandma n Granpa lah belikan.. mummy n dadddy x nak spoil puteri kami nie sgt k.. enough of what mummy n daddy earn monthly tu okeh syg???

talking about earning or payment or more to salary nie kan makes me think about work… sejak2 badan makin chubby skit nie.. dan perut yg hampir nak tampan stering nie.. kurang ade mood nak berkerja… hhehe boleh gitu???? cannot lorh kos we have to make sure the money we earn is BERKAT enough… before this i was quite excited when it come to work.. but m not hardworking to much like my dad.. sorry dad.. you do work to much.. after a bit of muhasabah then it come to me when i read an article saying that “KERJA ADALAH IBADAH”.

Amik kau… sentap sekejap.. yealah this past one month i dah terkurang kan satu ibadah.. ibdah kerja i i dah kurang kan.. ishk2 sedih rase nye.. let this be a reminder for this piece of mind, may all we do comes with BERKAT  :-

Mejadikan kerja sebagai satu ibadah

Di dalam solat kita selalu mengucapkannya:

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam

tetapi pernahkah kita bertanya di dalam diri kita bahawa kerja yang kita lakukan menjadi ibadat?
Bagaimanakah untuk kita meletakkan kerja sebagai satu ibadah?

1.Mensyukuri nikmat kerja  –  Look at our self.. we a re employed and sanggat lah patut kite bersyukur.. ma sgt bersyukur eventough i finished my study early and dont even have my scrool yet.. This year baru graduation, i did manage to get a stable job.. tp tgk setengah org yg belum mendapat kerja , so memang patut we have to bersyukur dah ade kerja.. Oleh kerana itu, jadikan pekerjaan anda satu ibadah adalah cara mensyukuri nikmat ALLAH.

2.Keberkatan dan nikmat:  Nikmat yang biasa kita perbincangkan adalah nikmat kekayaan, ada juga nikmat kesihatan, nikmat mata, nikmat buah pinggang (bayangkan anda terpaksa melakukan dialisis), nikmat pergerakan (bayangkan anda sedang lumpuh), nikmat deria rasa dan lupa juga merupakan nikmat sebenarnya.  Bagaimana kita mampu memaafkan orang lain dengan melupakan perbuatannya. (Bayangkan jika anda tidak mampu melupakan perbuatan yang dilakukannya).

3.Ibadah dan Umur:  Cuba kita semak umur kita, dan semak pula ibadah yang telah kita laksanakan sebelum ini.  Jika kita lihat umur umat Muhammad S.A.W puratanya dalam 60 tahun.  Berapa tahun lagikah tempoh untuk kita hidup?  Berapa banyakkah ibadah yang telah kita buat setakat ini tidak termasuk waktu kita belum mumaiyis.  Adakah ibadah kita sempurna berserta niat kerana ALLAH?  Solat kita cuma sejam ( 5x sehari) berbanding ketika kita bekerja iaitu tempoh normal adalah 8 jam, ada yang menjangkau 10 jam dan ada yang menjangkau 12 jam.  Jadi pentingkah untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah?  atau sebenarnya terselit niat kita bekerja untuk membangga diri dengan pekerjaan kita.  n pujian atau untuk mendapatkan kepercayaan orang tanpa meletakkan niat utamanya untuk melaksanakan Ibadah?

Jika ada dihati kita untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadah.  Kita perlu ketahui apakah syarat menjadikan kerja sebagai satu ibadah?  Supaya kerja yang kita lakukan itu sememangnya menjadi ibadah, bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Syarat bekerja sebagai satu ibadah:

1.Berniat kerana Allah
Berniat kerana Allah.  Jika tidak niat maka tiada ibadah kepada pekerjaan kita.  Untuk mendapat gaji itu berbeza.

2.Ikhlas bekerja kerana ALLAH
Mestilah melakukan kerja dengan Ikhlas kerana ALLAH.  Semak diri kita jika melakukan kerja kerana hanya untuk mendapatkan kepercayaan orang lain atau berniat untuk selain dari ALLAH.
3.Sikap tekun, amanah
Maksud sikap tekun disini adalah melaksanakan kerja dengan sistematik.  Buatlah kerja secara bersistem, jika kerja kita laksanakan tidak sistematik, tekun Amanah dengan kerja yang kita laksanakan dan kerja tersebut adalah dari usaha sendiri (bukan subcontrak dengan orang lain)
Tahu apakah misi, visi pekerjaan yang dilakukan.
Melaksanakan MPKFM iaitu Manual Prosedur Kerja dan Fail Manager – potfolio kerja).
4.Adab dan akhlak
Dalam pekerjaan kita perlulah menjaga adab dan akhlak kita.  Tolong jaga aurat kita.  Yang wanita, batas aurat dan yang lelaki juga tidak kurangnya.

Institusi keluarga yang bahagia akan menjadikan motiviasi kepada kerja.  Apa yang berlaku dalam rumahtangga akan terkesan dalam kerja.  Bayangkan jika berlaku pergolakkan dalam rumahtangga biasanya terkesan juga dalam pekerjaan.  Fikiran serabut, pakaian tidak terurus dan emosi tidak stabil biasanya akan terbawa-bawa dalam pekerjaan.  Jika mental kita lemah, maka fizikal kita tidaklah sehebat ketika fizikal dan mental kita kuat.

Untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah, sepatutnya kita juga tahu bahawa melengkapi hak-hak dalam institusi kekeluargaan juga ibadah.  Janganlah kita meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.  Misalnya, mengutamakan hal-hal pekerjaan dari keluarga.  Ingatlah jika kita meninggalkan hal-hal keluarga dalam jangka masa panjang, keluarga pula akan meninggalkan kita.  Kita kena ingat satu perkara iaitu kita tidaklah akan muda sepanjang umur kita.  Apabila kita dalam keadaan lemah, maka pekerjaan akan meninggalkan kita.. jika kita telah meninggalkan keluarga.. maka yang manakah akan melengkapi hidup kita?

Asasnya kita mestilah sedar bahawa hidup kita didunia ini sebagai khalifah iaitu memimpin kepada yang lain.  Mukmin yang menzalimi diri sendiri adalah mukmin yang tidak berbuat apa-apa (iaitu idak buat tugas asasi dan lain-lain kerja)
Mukmin pertengahan adalah orang yang buat perkara yang wajib sahaja.
Mukmin yang cemerlang adalah orang yang membuat perkara-perkara yang wajib dan juga yang sunat (membantu kerja-kerja lain).  Kerja-kerja lain tidak semestinya tertumpu kepada kerja-kerja pekerjaan kita, membantu isteri juga adalah juga suatu ibadah.

Ingatlah bahawa anak kunci pintu rezeki adalah sedekah.  Adakah kita sudah bersedekah hari ini?  Bersedekah bukan tertumpu kepada orang miskin, bersedekah juga boleh dilakukan di dalam keluarga (belanja) dan senyum juga adalah sedekah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: