Khitan/Sunat anak perempuan

Published September 3, 2013 by mamalolapapabobo

Khitan bayi perempuan…

so malam nie baru nak mengkhitan kan MAlaeqa.. based on my reading from e-fatwa nie lah keputusan nya…

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Keterangan/Hujah:
Female Genital Mutilation, menurut WHO, terdiri daripada kesemua prosedur yang melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan bahagian luar genitalia dan/atau kecederaan pada organ genital atas sebab-sebab adat dan budaya atau sebab-sebab non-teraputik yang lain. Amalan ini diklasifikasikan kepada empat peringkat:
1.Peringkat pertama: Clitoridectomy. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan/atau bahagian kulup.

2. Peringkat kedua: Excision. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan labia minora, dengan atau tanpa pemotongan pada labia majora.

3. Peringkat ketiga: Infibulation. Ia merupakan peringkat yang kritikal di mana orifis vagina disempitkan dan pemotongan dan aposisi labia minora dan labia majora dibuat, dengan atau tanpa pemotongan klitoris.

4. Peringkat keempat: Peringkat Umum. Ia merujuk kepada semua jenis prosedur yang menyakitkan kepada genitilia perempuan untuk tujuan bukan perubatan seperti tusukan, tikaman, turisan, lukaan dan pengkauterian.

5.Berdasarkan klasifikasi ini, berkhatan bagi wanita muslim seperti yang dilaksanakan di Malaysia didakwa merupakan salah satu amalan FGM yang hendak dibenteras oleh World Health Organization (WHO). Sedangkan pada hakikatnya FGM adalah bertentangan sama sekali dengan amalan berkhatan seperti yang ditetapkan oleh Syarak

Di dalam Islam para fuqaha’ sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.

Ibn Hajar Al-Asqalani menyifatkan khatan untuk wanita adalah dengan memotong kulit yang menutupi klitoris tanpa membuang keseluruhannya. Muhammad Ali Qutub juga menyebut kawasan yang sama yang dibuang semasa dikhatankan di mana kulit itu disebut sebagai fresulum.

Bagi anak-anak perempuan yang dilahirkan dalam keadaan yang telah dikhatankan iaitu kulit yang meliputi klitoris telah tiada, disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah. Ini kerana, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Haj, terdapat perbezaan anatomi faraj wanita antara wanita di timur dan di barat di mana wanita di timur dikatakan tidak mempunyai kulit yang disebutkan ini.

Jumhur al-Syafi`iyyah, Imam Ahmad dan al-Hanabilah dan pendapat Sahnun daripada Mazhab Maliki mengatakan khatan adalah wajib bagi perempuan.

Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti Mesir merangkap ahli Majlis Penyelidikan Islam, Al-Azhar menjelaskan khatan disyariatkan untuk wanita melalui umumnya dalil yang berkaitan. Namun, ia perlu ditinggalkan jika terdapat kemudaratan. Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Fatah Idris, Dekan Jabatan Perbandingan Fiqh, Majlis Fiqh Al-Islam Mekah yang menjelaskan, sama ada ia berasaskan adat atau tidak, namun yang pasti terdapat hadith yang mengesahkannya.Dalam konteks yang sama, Sheikh Mahmud `Asyur menyatakan sesuatu perkara itu tidak boleh diharamkan melainkan dengan nas syar`ie.

Allah s.w.t. telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengikut apa yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bersandarkan kepada ayat berikut:

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Maksudnya:“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, Yang berdiri teguh di atas jalan Yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. (An-Nahl: ayat 123)

Suruhan ini termasuklah amalan berkhatan kerana ia merupakan salah satu daripada suruhan yang ditetapkan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

Ibn Hajar menjelaskan memandangkan amalan ini merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s., dan ayat ini jelas menuntut agar kita mengikut agama Nabi Ibrahim a.s., maka ia menjadi wajib bagi umat Islam untuk berkhatan bagi lelaki dan perempuan.

Prosedur berkhatan yang termaktub di dalam kitab-kitab fiqh tidak langsung memberikan kemudaratan. Malah, WHO juga gagal menunjukkan bukti emperikal kesan negatif yang menunjukkan bahawa amalan berkhatan di kalangan wanita menimbulkan mudharat sehingga membahayakan nyawa wanita. Di dalam Islam, sesuai dengan kaedah fiqh:

ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خلافه

“Sesuatu amalan yang diperintahkan itu boleh diteruskan selama mana tidak mendatangkan mudarat dan tidak ada dalil yang menentangnya ”

Tetapi jika ia menimbulkan mudharat pada diri dan nyawa orang yang melakukannya, maka ia wajib ditinggalkan.

 
Islam itu indah dan yg terbaik untuk umat nye…
SO bagi area2 bangi nie klinik2 yg boleh anda hubungi :- harga maybe berbeza lah kot…

1. Az-Zahrah Islamic Medical Centre
Alamat:No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
Bandar Baru BangiSelangor43650
Telefon:     +603-89212525
Faks:     +603-89212677
http://www.azzahrah.my
RM 45 -90

2.An-Nur Specialist Hospital
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Phone : 03-8926 6060
Fax No: 03-8926 6067
rm45

3.KLINIK AL-HUDA
Address     19 JALAN 4/1A
BANDAR BARU BANGI43650 SELANGOR
Phone     03-89222072
rm30

4.Klinik Ummi Salihah
14, Jalan 4/11, Seksyen 4, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8925 4673
RM20

Nie lah antara yg ade.. klinik lain pun maybe ade .. just give a call and then tgk mn yg timimg ok dengan kite untuk pegi.. harga2 terpulang .. standart pusat perubatan lain skit… hihih so malam nie MAlaeqa akan disunat kan di KLINIK UMMI Salihah.. bukan mummy nak yg murah syg.. tp malam nie jew mummy n abah free syg…

Jgn nangis kuat2 k dear. mummy gerun… nanti kite update gamba…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: