Malaeqa terhantuk dinding at the age of 5 month….

Published September 4, 2013 by mamalolapapabobo

Ahad 1.9.2013 – aku tinggal malaeqa atas katil.. dah sendal bantal… gubby mandi.. aku tengah bersiap bekos ktorg have an open house to attend…
Macam biase letak Malaeqa atas katil n sendal.. skali bunyi gedebuk!! terus diikuti dengan tangisan yang sgt2 kuat2…….

Terkejut aku terus angkat die… hubby dah tuam2 tempat yg kene tu..aku pun menangis skali sambil pujuk si comel aku.. bg die bf… nangis lg… dakap die pujuk… pastu baru die nak bf….
aku air mata melelh masa tu. Y Allah tuhan jew tau aku sgt2 takut dan rase bersalah…

pastu die pun senyap… aku cek kepala semua ade lebam2 x… nasib bek x de… tp still aku gile2 risau…

Call mama cakap ngan die.. die tanye aku “hang p mana sampai anak buleh jd mcm tu??”. kene marah disitu… pastu mama tanye ade muntah2 x…? x da… die mau minum susu x.. mau… so ok lah kot kata mak aku. huhuh

Still im not confident…

Malam after Open house kami g Pusat Perubatan AZ Zahrah… Dokter pun tekan kat atas kepala Malaeqa.. okeh die kata… x de ape2 yg lari2… cek suhu pun ok.. selalu nye kalau kuat hentakan atau jatuh akan diikuti dengan demam kata dokter…
pastu dokter tanye… ada tanda2 die tunjuk mcm x bermaya atau mcm letih n x aktif… memang aku perasan die mcm jd takut tp still melompat2 bile pegang.. aktif lg kot.. cume mcm terkejut kot… sian anak mummy..

Dokter kate pantau within 24 hours die ade x tanda2 :

!.muntah
2.x aktif
3.x nak susu

kalau ade terus pegi hospital untuk scan kepala. gerun weh.. semua salah mummy. mummy mintak maaf syg…

Alhamdullilah pass 24 hours berlalu x de pape.. cume jeluak susu … tu pun panik kos ingat muntah,,
huhuhu

jum share skit info on what to do bile anak jatuh or terhentak…

Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?

Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…

Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..

Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.

Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa.. Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.

Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?

1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.

2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!

3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.

4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.

5. Periksa juga kecederaan kepala..

Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?

1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…

2. Muntah..

3. Keadaan mental yang tidak normal..

4. Tidak stabil apabila berjalan..

5. Menangis berpanjangan..

6. Anak mengadu sakit kepala..

7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..

8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..

Rujukan:
Head Injuries
Falls, Rolls and Bumps

Pengajaran yg sgt bermakne bg aku… pasnie no more golek2 atas katil besar tu dah.. duk dalam baby cot yea sayang.. hahhaah abah pun marah mummy beli baby cot mahal2 x nak gune… hukhuk sedih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: